Sunday, April 22, 2007

SEJARAH SEKOLAH



SJKT Sentul merupakan salah suatu sekolah yang bersejarah dan ianya terkenal sejal tahun 20-an, ianya menjadi sebuah pusat ilmu sejak tertubuhnya kuil-kuil dan gereja kaum india yang tinggal dipersekitaraan kawasan sentul. penduduk yang beragama Hindu mula bertambah setelah tertubunya pusat bengkel keretapi di jalan perhrntian sentul.Pada tahun 1927 sekolah ini ditubuhkan dengan kakitangannya sebanyak 30 orang termasuk guru besar bagi murid yang berjumlah 80 orang. Bangunanya adalah terdiri daripada 5 buah bilik darjah.Dengan ketekunan dan kerajinan guru besar pada ketika itu sekolah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. pada tahun 1933 Jabatan Pendidikan selangor merasmikan SJK(T) Sentul sebagai sekolah yang bertaraf kerajaaan dan mendidrikan bangunan tambahan pada tahun 1957 dengan penubuhan 2 buah bilik darjah.Pada tahun 1987 guru besar yang bernama PN.Pamagal telah mula berkhidmat di sekolah ini. pada ketika beliau amat risau dengan keadaan sekolah lalu beliau meningkatkan mutu pendidikan dan meningkatkan jumlah murid-murid sekolah ini. Dari hasil usaha beliau jumlah murid sebanyak 126 pada tahun 1988 telah meningkat ke 200 orang pada tahun 1992.Banyak perkembangan dan kemajuan telah tercapai dalam bidang akademik dan sukan yang melahirkan bekas murid- murid yang menjawat jawatan- jawatan professional dan berpendidikan tinggi. Sekolah berbangga dengan pencapaiannya dan guru besar mengharapkan hasil usaha dan tenaga guru- guru yangikhlas dengan sumbangan dalam memajukan sekolah ke arah Wawasan 2020.


SENARAIGURU BESAR- GURU BESAR MENGIKUT TURUTAN


EN.ABRAHAM

EN.PANJATCHARAM

EN.THANGAMANI

EN. ADAIKALASAMY

EN.THEVAN

EN. THANGAMANI

EN. MURUGAIYA

EN. N.RENGNATHAN

PN. PAMAGAL

EN.A.DARMALINGAM PPN.PJK

EN.P.MURTHY

EN.M.LOGANATHAN

PN. V.R.THIYANAYAGI

EN. MUTHUSAMY

No comments: